Pemalam DownThemAll Kembali Untuk Firefox

Pemalam DownThemAll Kembali Untuk Firefox

Diterbitkan pada Sep 2, 2019 oleh .

DownThemAll merupakan salah satu pemalam yang popular suatu ketika dahulu, dimana ia memudahkan pengguna untuk memuat-turun sejumlah fail daripada sesuatu laman web dengan mudah dan pantas.

Walaubagaimanapun, sejak Firefox 57, disebabkan perubahan beberapa API pada pelayar web Firefox, pemalam berkenaan telah pun berhenti beroperasi. Hal berkenaan kini berubah, apabila pembangunnya telah pun menerbitkan versi baru pemalam mereka yang menyokong pelayar web Firefox terkini.

DownThemAll

Seperti versi asal, ia juga turut membawakan sokongan memuat-turun multi-fail daripada sesuatu web, memudahkan anda menapis jenis fail media, selain mengawal kelajuan muat-turun.

Bagi anda yang menggunakan Firefox, anda boleh mencuba pemalam DownThemAll ini dalam memudahkan anda membuat imbasan dan muat-turun fail media dari sesuatu laman web.

Muat-Turun DownThemAll untuk Firefox


TIPS & ULASAN