Jam Tangan Pintar Fossil Gen 5 Kini Di Malaysia – Berharga RM1349

Jam Tangan Pintar Fossil Gen 5 Kini Di Malaysia – Berharga RM1349

Diterbitkan pada Sep 2, 2019 oleh .

Fossil merupakan salah satu jenama yang popular dengan penawaran jam tangan pintar mereka. Terbaru, mereka telah pun melancarkan Gen 5 Fossil Touchscreen Smartwatch, dan ia telah pun mula ditawarkan di Malaysia.

Jam tangan pintar ini hadir dijana dengan sistem operasi Wear OS dari Google, selain menggunakan cip pemprosesan Snapdragon Wear 3100 yang terbaru.

Fossil Gen 5

Dengan penggunaan kedua-dua penawaran terbaru ini, ia juga turut menawarkan ciri-ciri seperti ketahanan bateri yang lebih baik, pengoptimasian prestasi, selain rekaan yang lebih menawan dan elegan.

Ia turut dilengkapi skrin 1.3-inci, sensor denyutan nadi, GPS, serta sokongan pengecasan berasaskan magnetik.

Fossil Gen 5 ini hadir dengan enam pilihan warna berbeza, selain rekaan bersaiz 44mm. Ia turut hadir dengan ciri-ciri seperti ketahanan ketika digunakan dalam berenang, membolehkan anda menerima maklumbalas Google Assistant, dan menjawab panggilan melalui jam tangan.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan jam tangan pintar ini di Malaysia pada harga RM1349 hari ini.



TIPS & ULASAN