Oppo Dijangka Hadir Dengan Telefon Pintar Menggunakan Paparan 90Hz

Oppo Dijangka Hadir Dengan Telefon Pintar Menggunakan Paparan 90Hz

Diterbitkan pada Sep 2, 2019 oleh .

Telah menjadi trend akhir-akhir ini dimana beberapa telefon pintar hadir dengan penawaran panel paparan dengan kadar segar semula lebih tinggi. Melaluinya, ia menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih lancar, selain menjadikan permua dimainkan dengan lebih menarik pada peranti mudah-alih.

Terbaru, ia dilihat Oppo turut ingin menggunakan panel paparan dengan kadar segar semula lebih tinggi.

Buat masa ini, Oppo tidak menamakan apakah model baru yang akan menggunakan panel paparan ini. Pihak Oppo mengesahkan ia bukanlah model oppo Reno2 yang dilancarkan baru-baru ini, sebaliknya adalah model peranti baru.

Tarikh pelancaran peranti model baru ini juga masih tidak diketahui lagi, dan ia dikatakan tidak akan diperkenalkan pada bulan September ini – yang mana dilihat lebih memfokuskan terhadap Oppo Reno2.


TIPS & ULASAN