Carian
Samsung Galaxy A90 Bakal Hadir Dengan Sokongan 5G
September 2, 2019 Aman

Samsung sebelum ini telah pun memperkenalkan variasi telefon pintar mercu 5G dibawah keluarga Galaxy S10 dan juga Galaxy Note 10. Selain kedua-duanya, kini Samsung turut dilihat sedang dalam persiapan memperkenalkan telefon pintar 5G dibawah keluarga Galaxy A.

Dikongsikan oleh @evleaks, peranti baru ini bakal dinamakan Galaxy A90 5G. Ia dilihat akan menjadi peranti pertama dibawah keluarga Galaxy A yang hadir dengan sokongan rangkaian 5G.

Galaxy A90 5G

Buat masa ini, informasi penuh mengenai peranti ini masih tidak diketahui lagi. Daripada gambar dikongsikan, ia dilihat membawakan sokongan tri-kamera belakang – berkemungkinan dengan sensor 48-megapixel, selain penggunaan keluarga A90 menandakan ia akan menawarkan spesifikasi yang sedikit tinggi bersama dengannya.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai telefon Galaxy A90 5G ini tidak lama lagi.

Komen