Cari @ Amanz

Manny Pacquiao merupakan salah seorang juara tinju dari Filipina yang tidak asing lagi bagi para peminat sukan tunju. Selepas memenangi beberapa kejuaraan sebelum ini, terbaru beliau turut menyertai arena kriptowang.

Manny Pacquiao telah pun melancarkan kriptowang tersendiri, dinamakan sebagai Pac. Ia dilihat boleh digunakan untuk para peminat beliau untuk membeli cenderamata, selain pada masa yang sama berinteraksi dengan beliau menggunakannya.

Selain daripada Manny Pacquiao, ia turut diperkatakan yang mana beberapa selebriti dan orang ternama lain akan turut melancarkan kriptowang diatas nama tersendiri – sekaligus membangunkan ekosistem tersendiri dikalangan para peminat mereka.

Bagi anda sendiri, adakah anda akan mendapatkan kriptowang yang diperkenalkan oleh selebriti dan orang ternama?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd