Cari @ Amanz

Bagi para ibu bapa, hari ini terdapat pelbagai pilihan kereta sorong bayi dalam memudahkan ibu bapa membawa anak mereka ke mana-mana. Dalam usaha memudahkan lagi, kini Bosch turut memperlihatkan kereta sorong bayi elektronik mereka.

Dinamakan sebagai eStroller, ia hadir dengan dua motor elektronik pintar, sebuah brek elektromekanikal, bateri, dan juga sebuah aplikasi untuk telefon pintar.

Dengan sistem elektronik ini, ia membantu ibu bapa ketika sedang membawa kereta sorong bayi berkenaan – sama ada mendaki bukit, menurun bukit, atau sebagainya. Sistem motor padanya membantu ia untuk ditolak dengan lebih mudah. Ciri ini juga turut boleh dikawal penggunaannya melalui aplikasi mudah-alih untuk kereta sorong bayi elektronik ini.

Bosch lebih kepada memperlihatkan penawaran teknologi mereka sahaja buat masa ini, dan dijangka menawarkannya secara komersil melalui kerjasama dengan pihak pengeluar lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd