Facebook melalui Instagram sebelum ini telah pun memulakan ujian untuk membuang paparan “Like” pada perkongsian pengguna. Kini, selain daripada hanya di Instagram, Facebook turut sedang mempertimbangkan melakukan perkara sama pada laman sosial mereka, Facebook.
Sekiranya mengikut kaedah perlaksanaan di Instagram, ia akan hanya membolehkan pemilik sesuatu perkongsian sahaja melihat angka “Likes”, dan ia tidak akan dipertontonkan kepada pengguna lain.
Langkah ini sekaligus akan membuatkan lebih ramai berkongsi sesuatu perkara secara telus – dan tidak mengejar angka “Like” semata-mata. Apatah lagi dengan pihak Facebook sendiri yang ingin memfokuskan perkongsian diantara rakan-rakan dan ahli keluarga melalui NewsFeed.
Bagi anda sendiri, apakah anda menyukai paparan angka “Like” atau sebaliknya?