Kemaskini Firefox Untuk macOS Akan Datang Bakal Menawarkan Lebih Penjimatan Bateri

Kemaskini Firefox Untuk macOS Akan Datang Bakal Menawarkan Lebih Penjimatan Bateri

Diterbitkan pada Sep 3, 2019 oleh .

Firefox Quantum yang baru boleh dikatakan menawarkan prestasi yang sangat baik, tetapi dari segi penggunaan bateri pada macOS, boleh dikatakan agak drastik. Pihak Mozilla dilihat mengambil berat akan perkara ini, dan melalui kemaskini Firefox akan datang, perkara ini bakal diatasi.

Mozilla mengatakan kemaskini Firefox akan datang untuk macOS bakal membawakan penjimatan penggunaan tenaga – sehingga tiga kali ganda berbanding sebelum ini. Ini sekaligus akan membolehkan para pengguna melayari web untuk tempoh lebih lama apabila menggunakan pelayar Firefox pada macOS.

Kemaskini baru ini dijangka hadir pada Firefox versi baru yang bakal ditawarkan sekitar penghujung Oktober 2019 kelak.


TIPS & ULASAN