Carian
Samsung Memperkenalkan Galaxy A90 5G Secara Rasminya
September 3, 2019 Aman

Lanjutan daripada ketirisan beberapa hari lepas, hari ini pihak Samsung secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Galaxy A90 5G. Ia merupakan peranti terbaru dibawah keluarga Galaxy A, yang mana hadirnya dengan sokongan rangkaian 5G.

Samsung Galaxy A90 5G

Samsung Galaxy A90 5G hadir dengan skrin 6.7-inci Super AMOLED dengan rekaan bertakuk kecil, dilengkapi cip lapan teras, memori sehingga 8GB RAM, dan storan 128GB.

Untuk rakaman gambar, ia menyertakan tri-kamera belakang gabungan 48MP + 8MP (ultra-lebar) + 5MP (depth). Untuk swafoto, ia menyertakan sensor 32-megapixel.

Peranti ini turut menyertakan bateri 4500mAh, dilengkapi pengimbas cap jari pada skrin, selain ruangan mikro SD. Ciri seperti Samsung DeX turut disertakan pada telefon pintar ini, selain sokongan Game Booster.

Galaxy A90 5G ini akan ditawarkan di Korea bermula 4 September ini. Ia mungkin tidak memasuki pasaran tempatan memandangkan tiada sokongan rangkaian 5G di Malaysia.

Komen