OnePlus 7 Dan OnePlus 7 Pro Menerima Kemaskini Android Q DP5

OnePlus 7 Dan OnePlus 7 Pro Menerima Kemaskini Android Q DP5

Diterbitkan pada Sep 3, 2019 oleh .

Nampaknya tidak mustahil untuk peranti OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro menjadi antara peranti terawal menerima kemaskini Android 10 selepas Pixel. Mungkin kemaskini ini akan hadir secara serentak. Hari ini pihak OnePlus telah mengedarkan kemaskini Android Q DP5 buat dua peranti ini.

Android Q DP5 OxygenOS ini adalah berasaskan Android Q Beta 6, yang mana merupakan versi percubaan terakhir Google sebelum versi rasmi diperkenalkan. Antara pembaharuan dalam Android Q DP 5 untuk OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro adalah kawalan gestur baharu Android Q, sekuriti dan privasi yang lebih baik dan banyak lagi. Untuk senarai log perubahan Android Q DP5 terkini, lihat di bawah;

Sistem

  • Fungsi-fungsi sistem yang ditambah baik
  • Menambah baik kestabilan sistem
  • Added the OnePlus full-screen gestures
  • Binaan berasaskan Android Q Beta 6
  • Pengguna DP4 boleh kemaskini terus secara OTA
  • Pengguna DP5 yang ingin tukar ke Open Beta juga boleh lakukan melalui OTA

Masalah Yang Diketahui

  • Masalah keserasian aplikasi
  • Masalah keserasian dengan Play Store
  • Kurang kemungkinan masalah lengah masa dan kestabilan sistem

Bagi yang sudah bersedia dengan Android 10, anda semua boleh kemaskini ke versi ini. Tetapi perlu ingat, jika masalah berlaku itu adalah tanggungjawab anda sendiri. Jadi kemaskinilah atas risiko sendiri.


TIPS & ULASAN