Carian
Spesifikasi OnePlus 7T Pro Pula Tertriris – Edisi McLaren Kembali?
September 3, 2019 Fahim Zahar

Minggu lepas, spesifikasi OnePlus 7T telah tertiris. Ia dikatakan akan dijana Snapdragon 855 Plus, mempunyai rekaan kamera bulat dan lensa lain dan juga skrin 2K+ 90Hz. Terkini, spesifikasi OnePlus 7T Pro pula yang tertiris.

OnePlus 7T Pro dikatakan akan dijana Snapdragon 855 Plus juga, skrin yang masih sama iaitu 6.67-inci 2K+ 90Hz dwi-lengkung, perisian kamera serba baharu dan bateri 4085mAh. Berbeza dengan OnePlus 7T yang mempunyai rekaan baharu, OnePlus 7T Pro mengekalkan rekaan yang sama dengan OnePlus 7 Pro. Menjadikan variasi OnePlus 7T Pro ini lebih menarik adalah, kemungkinan besar edisi McLaren akan kembali.

Seperti OnePlus 6T edisi McLaren tahun lepas, hanya OnePlus 7T edisi McLaren sahaja yang dikatakan mempunyai RAM yang paling besar. Jika sebelum ini 10GB, kali ini adalah 12GB. Variasi lain pula adalah terhad kepada 8GB RAM sahaja. Jelas di sini OnePlus 7T yang lebih mengambil perhatian kerana rekaan serba baharu, dan OnePlus 7T Pro dilihat hanya dalaman sahaja yang diubah.

Ura-ura mengatakan yang siri OnePlus 7T akan dilancarkan pada penghujung bulan September ini. Sama-sama kita nantikan.

Komen