Cari @ Amanz

Nubia Red Magic 3S Bakal Hadir Dengan Skrin Kadar Segar Semula 90Hz

Link Copied!

Nubia Red Magic 3S bakal dilancarkan tidak lama lagi. Tidak banyak informasi yang diperoleh mengenai peranti ini. Tetapi siri Nubia Magic 3, adalah satu-satunya peranti gaming murah yang mempunyai sistem penyejukan menggunakan kipas. Peranti ini akan dilancarkan pada 5 September 2019, iaitu dua hari sahaja lagi.

Terkini, poster baharu mengenai peranti ini telah muncul. Ia memberitahu yang peranti ini akan menggunakan skrin dengan kadar segar semula 90Hz. Walaupun tidak sehebat Asus ROG Phone 2 yang menggunakan 120Hz, 90Hz sebenarnya sudah cukup. Lihat sahaja OnePlus 7 Pro, pengalaman penggunaan adalah sangat lancar dan pantas. Kemudian, peranti ini juga dikatakan akan hadir dengan sokongan motor getaran 4D.

Lain-lain spesifikasi dijangka adalah sama sahaja dengan Nubia Red Magic 3. Bateri kekal besar 5000mAh, USB-C dan harga yang mampu milik. Marilah sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi peranti ini.


Komen ()