Cari @ Amanz

Black Shark 2 Pro adalah peranti gaming kedua dari Black Shark tahun ini. Pembaharuan yang ditambah pada peranti ini sudah tentu, cip Snapdragon baharu – Snapdragon 855 Plus. Peranti sudah pun dilancarkan di China sekitar dua bulan lalu dan akhirnya peranti ini tiba ke Malaysia secara rasmi. Peranti ini turut mempunyai rekaan belakang yang sedikit berbeza dengan model sebelumnya.

Skrin peranti ini adalah AMOLED bersaiz 6.39-inci dengan teknologi touch sensing 240Hz. Cip pemprosesan adalah Snapdragon 855 Plus yang dipadankan dengan pilihan memori 8/12 GB RAM dan 128/256 GB. Kamera belakang adalah gabungan dua lensa 48MP + 13MP dan kamera swafoto pula adalah 20MP. Pembesar suara peranti ini adalah stereo di bahagian hadapan, jadi rekaan hadapan terpaksa mempunyai dahi dan dagu yang tebal. Bateri pula adalah 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 27W.

Untuk sekuriti peranti ini mempunyai pengimbas cap jari bawah skrin, yang agak pantas – tetapi masih tidak boleh menandingi Mi 9 atau OnePlus 7 Pro. Sistem operasi yang digunakan adalah JoyUI berasaskan Android 9.0 Pie. JoyUI versi global adalah mirip Android asli. Ia juga hadir dengan butang fizikal untuk masuk ke ‘Game Space‘, yang mana merupakan pelancar khas untuk bermain permua.

Dalam pelancar ini, pelbagai fungsi dan ciri unik hadir secara terbina. Antaranya adalah Master Touch (getaran lebih hebat), mod Ludicrous yang melewahjam GPU dan CPU pada tahap maksima, sokongan rakaman skrin, mengubah warna paparan kepada HDR (secara perisian) dan banyak lagi. Untuk set global, dalam kotak ia akan hadir berserta dengan GamePad dan kerangka.

Harga rasmi adalah RM2499 untuk 8/128GB dan RM2999 untuk 12/256GB. Bagi yang terawal membeli Black Shark 2 Pro ini di Shopee, anda akan menerima power bank Black Shark bernilai RM99 secara percuma. Warna pilihan adalah Shadow Black, Gulf Blue dan Iceberg Blue.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd