Cari @ Amanz

Touch ‘n Go bersama 99 Speedmart telah bersepakat untuk melancarkan pilihan pembayaran secara nirtunai bagi meningkatkan pengalaman runcit rakyat Malaysia. Inisiatif ini adalah penting dalam meningkatkan kemudahan kepada pengguna 99 Speedmart di kesemua lokasi – 1469 kedai di negara ini.

Lee Thiam Wah – Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan  99 Speedmart menyifatkan menerusi perkongsian ini sedikit sebanyak mampu memudahkan proses akses kepada keperluan harian pengguna. Di mana, mereka dapat melaksanakan peranan dengan hadir dengan pelbagai tawaran melalui TNG Digital.

Seterusnya dalam meraikan kerjasama ini, platform dompet digital ini juga akan memberi pulangan tunai sebanyak RM250,000 kepada para pengguna 99 Speedmart yang layak. Namun ia terhad pada tempoh tertentu sahaja. Pelanggan hanya perlu membayar RM20 dan ke atas dalam satu resit melalui penggunaan dompet digital – Touch ‘n Go di mana-mana 99 kedai Speedmart di Malaysia. Pengguna juga berpeluang menerima rebat tunai sebanyak RM4 pada aplikasi dompet digital mereka.

Anda berpeluang memiliki rebat tunai RM4 ini di kedai 99 Speedmart bermula 1 September ini sehingga 31 Oktober. Pengguna turut dihadkan kepada dua pulangan tunai bagi sepanjang tempoh kempen tersebut berlangsung.

Untuk mengetahui maklumat lanjut, anda bolehlah melayari pautan dibawah atau memuat turun dompet digital Touch ‘n Go di Apple App Store serta Google Play Store pada peranti pintar masing-masing.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd