Samsung Dilaporkan Sedang Membangunkan Peranti Boleh Lipat Berbentuk Segi Empat Sama

Samsung Dilaporkan Sedang Membangunkan Peranti Boleh Lipat Berbentuk Segi Empat Sama

Diterbitkan pada Sep 3, 2019 oleh .

Samsung Galaxy Fold masih belum dilancarkan semula namun desas-desus rekaan peranti boleh lipat seterusnya dari mereka kini kembali didengari. Menurut laporan Bloomberg hari ini. Samsung telahpun membangunkan peranti boleh lipat dengan skrin 6.7″ yang apabila dilipat berbentuk segi empat sama.
Rekaan clamshell klasik akan digunakan bagi membolehkan peranti ini disimpan di dalam kocek tidak seperti Galaxy Fold yang agak besar. Laporan yang sama mengatakan Samsung bekerjasama dengan pereka fesyen Thom Browne bagi menghasilkan rekaan peranti boleh lipat mereka yang seterusnya. Ini mengembalikan semula peranti dengan rekaan yang hampir serupa dengan Galaxy W yang hanya ditawarkan untuk pasaran Asia Timur. Malahan paten untuk rekaan ini telahpun mereka failkan pada tahun 2017.

Laporan ini sebenarnya tidak mengejutkan dan telahpun disahkan sendiri oleh sumber kami sebelum ini. Malahan sumber yang sama ada mengatakan antara rekaan lain yang sedang diuji ialah telefon skrin boleh lipat yang bersaiz padat seperti sebuah bekas bedak yang digunakan oleh golongan wanita.


TIPS & ULASAN