Malaysia Airlines Menghalang Model MacBook Pro 15 Terpilih Daripada Daftar Masuk Bagasi

Malaysia Airlines Menghalang Model MacBook Pro 15 Terpilih Daripada Daftar Masuk Bagasi

Diterbitkan pada Sep 3, 2019 oleh .

Sejak daripada bulan Jun 2019 yang lepas, pihak Apple telah memulakan program panggilan semula MacBook Pro 15 terpilih disebabkan risiko terbakar oleh masalah bateri.

Lanjutan daripadanya, beberapa penerbangan telah menghalang daripada model MacBook Pro berkenaan daripada beberapa penerbangan.

Terbaru, Malaysia Airlines turut telah mengeluarkan kenyataan rasmi, mengatakan MacBook Pro 15-inci yang dijual antara September 2015 hingga Februari 2017 lepas daripada daftar masuk bagasi.

Komputer riba terlibat perlu dibawa masuk ke bahagian kabin sehingga dimaklumkan kelak. Walaubagaimanapun, sekiranya anda telah membuat penukaran bateri, anda boleh meletakkan ia pada bahagian bagasi seperti biasa – dan perlu membawa dokumen berkaitan seperti resit penukaran bateri.

Apa pun, bagi kami sendiri, kebiasaannya memang membawa masuk komputer riba ke bahagian kabin untuk mengelakkan komputer rosak apabila didaftar masuk ke bagasi. Anda pula bagaimana?


TIPS & ULASAN