Cari @ Amanz

Pada awal tahun ini, badan disebalik piawaian USB telah pun mengumumkan piawaian terbaru mereka, USB4. Lanjutan daripadanya, mereka telah melalui beberapa peringkat draf spesifikasi, dan hari ini, USB Implementers Forum secara rasminya mengumumkan spesifikasi akhir untuk USB4.

USB4 hadir berasaskan kepada spesifikasi protokol Thunderbolt, dan hadir menggunakan penyambung USB-C. Melalui USB4, mereka menjanjikan kebolehan kadar pemindahan data mencapai 40Gbps, selain menyambungkan kepada lebih daripada satu paparan pada resolusi tinggi dengan mudah.

Dengan berasaskan USB-C, ia juga turut memastikan peranti dengan piawaian USB4 ini mesra untuk peranti-peranti menggunakan piawaian USB generasi sebelumnya.

Memandangkan spesifikasi akhir kini telah pun diterbitkan, kita mungkin melihat beberapa pengeluar hadir dengan sokongan USB4 tidak lama lagi – berkemungkinan dalam setahun dua lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd