Cari @ Amanz

Samsung sedia mempunyai penawaran sejumlah cip pemprosesan untuk peranti kudah-alih dan juga peranti berhubung (IOT). Terbaru, mereka telah melancarkan cip pemprosesan terbaru mereka, dinamakan Exynos 980.

Exynos 980

Cip pemprosesan terbaru ini menawarkan sokongan integrasi modem 5G secara terbina. Langkah ini sekaligus akan memudahkan lagi pengenalan peranti dengan rangkaian 5G tanpa keperluan modem tambahan secara berasingan.

Cip Exynos 980 hadir dengan binaan berasaskan 8nm, mengabungkan teras Cotrex-A77 dan Cortex-A55, selain dilengkapi GPU Mali-G76. Cip ini turut mengintegrasikan unit NPU khusus untuk pembelajaran mesin yang lebih efisien.

Dari segi sokongan lain, cip ini turut menawarkan sokongan sensor kamera sehingga 108-megapixel, kebolehan decode video 4K UHD pada kadar 120fps, selain sokongan HDR10+.

Peranti menggunakan Exynos 980 dijangka akan hadir ke pasaran tidak lama lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd