Samsung Memperkenalkan Monitor Permainan 240Hz Dengan Sokongan G-Sync Pada Harga RM1699

Samsung Memperkenalkan Monitor Permainan 240Hz Dengan Sokongan G-Sync Pada Harga RM1699

Diterbitkan pada Sep 4, 2019 oleh .

Samsung Malaysia kini telah membawa masuk satu lagi monitor baru untuk pengguna tempatan, iaitu CRG5 Gaming Monitor. Ia hadir dengan rekaan panel melengkung, berskrin 27-inci, dan dilengkapi dengan sokongan kadar segar semula mencapai 240Hz.

Dengan kadar segar semula yang sangat tinggi, ia sekaligus menawarkan pengalaman permainan yang menarik – terutamanya untuk permainan berbentuk aksi dan tembak-menembak yang pantas. Monitor ini juga turut hadir dengan sokongan G-SYNC untuk pengalaman lebih lancar.

Disamping itu, monitor Samsung ini hadir dengan rekaan yang elegan dan moden, dan dilengkapi rekaan bingkai yang nipis.

Di Malaysia, Samsung CRG5 ditawarkan pada harga RM1699.


TIPS & ULASAN