Spotify Akan Membawa Kembali Sokongan Widget Untuk Android

Spotify Akan Membawa Kembali Sokongan Widget Untuk Android

Diterbitkan pada Sep 4, 2019 oleh .

Pada bulan lepas, Spotify telah membuat sedikit perubahan pada aplikasi mudah-alih di Android mereka, dan membuang sokongan widget pada aplikasi mereka. Perkara ini tidak disukai ramai pengguna seluruh dunia, dan ramai yang melihat kepada beberapa alternatif untuk penggunaan widget sebelum ini.

Menyedari maklumbalas pengguna pada forum rasmi Spotify, kini pihak Spotify sendiri telah mengambil langkah, dan mengumumkan yang mana mereka akan membawa kembali sokongan widget pada aplikasi Android.

Pihak Spotify mengatakan mereka akan mengembalikannya pada versi akan datang Android, dan tiada sebarang tarikh diberikan buat masa ini.


TIPS & ULASAN