OnePlus TV Akan Hadir Dengan 8 Pembesar Suara 50W Yang Dikuasakan Oleh Dolby Atmos
Artikel Berkaitan

OnePlus TV Akan Hadir Dengan 8 Pembesar Suara 50W Yang Dikuasakan Oleh Dolby Atmos

Diterbitkan pada Sep 4, 2019 oleh .

OnePlus TV akan dilancarkan tidak lama lagi. Ia akan hadir dengan pelbagai saiz, salah satunya adalah 55-inci dengan resolusi 4K. Ia juga akan menggunakan panel QLED, yang mana adalah jenis LCD tetapi lebih baik. Banyak informasi telah kita ketahui, seperti sistem operasi adalah Android TV, berfungsi lebih dari sebuah televisyen pintar dan sebagainya.

Kini di laman Amazon India, maklumat mengenai pembesar suara diketahui. OnePlus TV akan mempunyai lapan pembesar suara 50 Watt. Bukan itu sahaja, pembesar suara ini juga akan dikuasakan oleh Dolby Atmos bagi memberi pengalaman seakan menonton di pawagam. Kemudian, untuk skrin ia dikuasakan oleh Dolby Vision yang menjanjikan warna yang cantik, tajam, lebih terang dan lebih mengasyikkan.

Butiran lanjut hanya akan kita ketahui selepas ia dilancarkan tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN