Cari @ Amanz

Pada awal tahun ini, Google ada menjelaskan mengenai Generic System Image (GSI), yang mana boleh menjadikan peranti seperti Pixel dwi-boot dua sistem operasi Android yang berbeza (Android asli dan GSI). Google menggelarkan sistem ini sebagai Dynamic System Update.

Terkini, fail imej GSI untuk Android 10 telah diterbit. Tujuan GSI dan Dynamic System Update ini diwujudkan adalah bagi memudahkan pembangun menguji aplikasi mereka tanpa ‘merosakkan’ sistem operasi yang sedang digunakan. Mereka boleh mengujinya melalui sistem operasi kedua yang dijalankan pada peranti yang sama. Setiap kali peranti diboot semula, Android asal akan kembali dan GSI akan hilang. Ini kerana GSI tidak dipasang secara tetap pada peranti.

Antara peranti yang menyokong sistem ini selain Pixel adalah peranti yang dilancarkan bersama-sama dengan Android Pie atau dikemaskini dengan Android Pie bersama-sama dengan isolasi VNDK. Agak sukar untuk memahami perkara ini jika anda adalah pengguna biasa. Jika anda seseorang yang gemar dengan root, tukar ROM atau sebagainya, perkara ini sebenarnya mudah sahaja untuk dilakukan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd