Nubia Red Magic adalah siri peranti pintar Nubia yang memfokuskan permua. Peranti mereka yang paling mengambil perhatian ramai adalah Nubia Red Magic 3, kerana ia adalah satu-satunya peranti gaming yang mempunyai sistem penyejukan kipas terbina.
Tidak cukup dengan itu, Red Magic 3S yang akan dilancarkan esok akan mempunyai dua sistem penyejukan berbeza. Satu adalah berasaskan cecair yang biasa kita lihat hadir pada banyak peranti buatan China sekarang dan satu lagi adalah sistem penyejukan udara (kipas). Perkara ini pasti akan menggembirakan hati ramai lagi peminat Nubia Red Magic. Sudahlah mereka menjual peranti pada harga yang sangat kompetitif, seperti di Malaysia RM2,199 untuk Red Magic 3. Kini mempunyai dua sistem penyejukan pula.
Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan esok – hari pelancarannya untuk lihat apakah spesifikasi penuh dan perkara menarik lain.