Cari @ Amanz

Siri Xiaomi Mi CC9 telah dilancarkan pada dua bulan lalu. Ia adalah siri baru di bawah jenama Xiaomi. Siri ini dilihat terhad untuk pasaran China sahaja dan tiada langsung informasi yang akan dilancarkan secara global. Kemudian Mi A3 dilancarkan, yang mana ia adalah peranti Android One yang menggunakan peranti Mi CC9e.

Kini terdapat ura-ura mengatakan yang Xiaomi CC9 akan dilancarkan secara global sebagai Mi 9 Lite. Informasi ini diperoleh dari @xiaomishka di Twitter. Menurut beliau, penjual peranti Xiaomi di kedai dari Polish memberitahunya. Tidak pasti bila ia akan dilancarkan dan sama ada ia akan masuk ke Malaysia ataupun tidak. Jika ya, pengguna akan mempunyai pilihan seperti Mi A3 adalah peranti Android One dan Mi 9 Lite adalah peranti MIUI. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd