Pada Google Maps versi web, terdapat satu fungsi yang diberi nama ‘Street View’. Fugsi ini memaparkan pandangan jalan raya yang lebih jelas dan lebih butiran, tetapi sayang sekali hanay terhad kepada versi web sehinggalah baru-baru ini ia hadir pada Google Maps untuk Android.
Dalam Google Maps pada peranti Android, anda boleh tekan pada butang aksi terapung yang terdapat pada atas ikon kompas, terdapat satu kategori baharu ‘EXPLORE’ dan di bawahnya terdapat ‘Street View’. Selepas ‘Street View’ ditekan, paparan Google Maps akan menambah satu garisan berwarna biru, yang mana adalah kawasan yang mempunyai Street View. Untuk lebih memudahkan pengguna, apabila zum keluar ia akan lebih jelas untuk pengguna tahu kawasan mana yang ada Street View. Contoh di sini adalah Titiwangsa Golf Course tiada ‘Street View’.
Fungsi ini dilihat hanya terdapat pada Google Maps versi 10.23.4 dan hanya terhad pada platform Android. Untuk iOS mungkin akan tiba tidak lama lagi.