Asus ROG Phone 2 Ultimate Edition Diperkenalkan Dengan Storan 1TB
Aman
Asus hari ini telah mengambil pentas utama pada acara IFA 2019, dan memperkenalkan beberapa peranti baru mereka. Salah satu yang turut diumumkan adalah Asus ROG Phone 2 Ultimate Edition.

Dari segi penawaran, ia hadir dengan apa yang sedia dibawakan oleh Asus ROG Phone 2. Tetapi, ia membawakan sedikit perubahan dari segi storan dan juga rekaan – dimana ia menawarkan storan sebesar 1TB berasaskan UFS 3.0, selain mana menyertakan rekaan hitam kusam untuk kerangka belakang.
Spesifikasi lain adalah lebih kurang sama, termasuk skrin 6.59-inci pada kadar segar semula 120Hz, dilengkapi cip Snapdragon 855 Plus, 12GB RAM, bateri 6000mAh, dan kamera belakang 48-megapixel.
Di Eropah, variasi telefon pintar ini akan dipasarkan pada harga €1,199, iaitu sekitar RM5554.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.