Asus Hadir Dengan Komputer Riba Menawarkan Panel Pada Kadar Segar Semula 300Hz

Asus Hadir Dengan Komputer Riba Menawarkan Panel Pada Kadar Segar Semula 300Hz

Diterbitkan pada Sep 4, 2019 oleh .

Pada hari ini, kita telah sedia melihat beberapa komputer riba yang hadir dengan penawaran panel paparan pada kadar segar semula 240Hz, sekaligus menawarkan pengalaman yang lebih menarik melaluinya. Terbaru, Asus membawa ia setapak lagi kehadapan dengan memperkenalkan komputer riba mereka terbaru dengan panel paparan 300Hz.

Asus ROG Zephyrus S GX701 diperlihatkan pada acara IFA 2019 kali ini. Asus mengatakan ia akan ditawarkan pada bulan Oktober kelak, dimana selain hadir dengan panel paparan pada kadar segar semula 300Hz, ia turut hadir dengan cip Intel Core i7 generasi ke-9, dijana kad grafik RTX 2080, dan sejumlah ciri-ciri menarik lain.

Selain model ini, Asus juga dijangka menawarkan panel paparan pada kadar segar semula 300Hz ini melalui beberapa model lain pada tahun hadapan.

Buat masa ini, kami masih belum mencubanya lagi, maka tidak diketahui lagi sama ada panel paparan 300hz ini akan menawarkan perbezaan yang sangat ketara berbanding variasi 240Hz sebelum ini – dan sama ada berbaloi untuk melabur ke arena ini atau sebaliknya lagi.


TIPS & ULASAN