Selain pengenalan komputer riba dengan panel pada kadar segar semula yang tinggi, Asus juga hari ini memperkenalkan komputer riba dengan sokongan grafik yang sangat berkuasa, iaitu Asus ProArt StudioBook One.
Asus ProArt StudioBook One hadir dengan Quadro RTX 6000 – yang mana menjadikannya sebagai komputer riba pertama di dunia yang menggunakan sokongan grafik berkenaan, dan menjadikan ia sebagai komputer riba dengan kuasa grafik paling tinggi buat masa ini.
Komputer riba ini lebih ditujukan kepada mereka yang terlibat dalam arena grafik dan multimedia. Ia turut hadir dengan cip Intel Core i9 generasi ke-9, panel paparan 4K UHD pada kadar segar semula 120Hz, selain rekaan yang elegan.
Buat masa ini, Asus belum mengumumkan harga jualan dan tarikh ia akan dipasarkan. Apa pun, yang pasti adalah harganya adalah sangat mahal jikalau dibandingkan dengan penawaran lain dipasaran hari ini.