Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan Honor Play 3, pihak Honor turut telah memperkenalkan telefon pintar baru dibawah siri Honor 20, iaitu Honor 20S. Telefon pintar ini hadir dengan spesifikasi pertengahan, dan pada masa yang sama menawarkan beberapa ciri-ciri menarik bersama dengannya.

Honor 20S hadir dengan skrin 6.26-inci dengan rekaan skrin berlubang ditepi, dijana cip Kirin 810, pilihan memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 128GB.

Honor 20S

Telefon pintar ini menggunakan tri-kamera dibelakang yang mengabungkan lensa 48-megapixel + 8-megapixel (ultra-lebar) + 2MP makro. Disamping itu, ia juga menggunakan sensor 32-megapixel untuk rakaman swafoto.

Honor 20S hadir dengan bateri 3750mAh yang menyokong pengecasan pantas 20W bersama dengannya.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan di China sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada akan dipasarkan di Malaysia atau tidak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd