Komputer Gaming Dell Inspiron Desktop G5 Kini Di Pasaran Tempatan – Boleh Dibeli Bermula Harga RM3999

Komputer Gaming Dell Inspiron Desktop G5 Kini Di Pasaran Tempatan – Boleh Dibeli Bermula Harga RM3999

Diterbitkan pada Sep 5, 2019 oleh .

Pada minggu lalu, Dell telah memperlihatkan beberapa siri komputer desktop dan juga paparan skrin sewaktu acara Gamescom. Diantaranya ialah Dell G5 Desktop, Alienware Aurora R9 dan beberapa monitor gaming bersaiz besar.

Kami baru menerima berita daripada pihak Dell bahawa komputer Dell G5 Desktop dan Alienware Aurora R9 akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Malah, Dell G5 Desktop sudahpun tiba di pasaran tempatan, dan sudah boleh dibeli bermula pada harga RM3999.

Di Malaysia, komputer tersebut hadir dengan nama Dell Inspiron Desktop G5, dan dari segi spesifikasi dalaman, pengguna boleh memilih untuk membeli tiga model berbeza, seperti berikut:

Dell Inspiron Desktop G5 (1)
  • CPU: Intel Core i5-9400
  • Memori: DDR4 8GB (boleh ditambah hingga 64GB)
  • Storan: SSD 128GB, cakera keras 1TB
  • Kad Grafik: NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti
  • Harga: RM3999
Dell Inspiron Desktop G5 (2)
  • CPU: Intel Core i7-9700
  • Memori: DDR4 8GB (boleh ditambah hingga 64GB)
  • Storan: SSD 128GB, cakera keras 1TB
  • Kad Grafik: NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti
  • Harga: RM4999
Dell Inspiron Desktop G5 (3)
  • CPU: Intel Core i7-9700
  • Memori: DDR4 8GB (boleh ditambah hingga 64GB)
  • Storan: SSD 128GB, cakera keras 1TB
  • Kad Grafik: NVIDIA GeForce RTX 2060
  • Harga: RM5999

Jika anda berminat untuk membeli komputer desktop gaming ini, anda boleh mendapatkannya melalui kedai atas talian Dell Malaysia hari ini.


TIPS & ULASAN