Carian
Xperia 5 Adalah Nama Untuk Telefon Pintar Terbaru Daripada Sony
September 5, 2019 Aman

Sony bakal memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka pada minggu ini, dimana ia dijangka menawarkan rekaan bersaiz kompak, selain penawaran spesifikasi tinggi melaluinya. Sebelum ini, pelbagai spekulasi mengatakan ia mungkin dinamakan sebagai Xperia “2” atau mungkin Xperia 1 Compact. Namun, ia kelihatan perkara berkenaan adalah tidak tepat.

Xperia 5

Melalui ujian siaran langsung yang dilakukan oleh Sony, mereka tanpa sengaja telah memperlihatkan nama akhir untuk telefon pintar terbaru mereka, iaitu Xperia 5.

Telefon pintar ini bakal menawarkan panel paparan berasaskan OLED dengan nisbah 21:9, serta dilengkapi sokongan Dolby Atmos. Ia juga dijangka akan menyertakan sokongan DualShock 4 bersama-sama dengannya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut mengenai pengenalan peranti mudah-alih ini pada hari ini.

Komen