Oppo A9 2020 Bakal Hadir Ke Malaysia Pada Bulan Ini – 48MP, 5000mAh

Oppo A9 2020 Bakal Hadir Ke Malaysia Pada Bulan Ini – 48MP, 5000mAh

Diterbitkan pada Sep 5, 2019 oleh .

Oppo Malaysia hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa masuk telefon pintar Oppo A9 2020 ke pasaran tempatan pada bulan September ini.

Oppo A9 2020 membawakan rekaan bertakuk kecil dihadapan, dan pada masa yang sama menyertakan empat kamera belakang dengan kamera utama 48-megapixel.

Oppo A9 2020

Selain daripada itu, Oppo A9 2020 turut hadir dengan bateri berkapasiti 5000mAh, selain dilengkapi memori 8GB RAM dan juga storan 128GB.

Buat masa ini, harga jualan untuk telefon pintar Oppo A9 2020 ini masih tidak diketahui lagi. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam minggu-minggu akan datang.



Paling Popular