Android 10 Memberi Amaran Jika Port USB Tercemar Atau Peranti Memanas

Android 10 Memberi Amaran Jika Port USB Tercemar Atau Peranti Memanas

Diterbitkan pada Sep 5, 2019 oleh .

Android 10 versi stabil telah pun diedarkan semalam kepada peranti-peranti Pixel, Essential Phone dan Redmi K20 Pro. Ia hadir dengan pelbagai fungsi menarik, seperti lebih memfokuskan sekuriti dan privasi, mod tema gelap, Focus Mode dan banyak lagi. Tetapi ada sahaja fungsi yang tidak diumumkan.

Antara fungsi yang tidak diumumkan adalah, Android 10 akan memberi amaran jika port USB tercemar dengan debu/air atau jika peranti memanas. Tidak dinafikan yang amaran seperti ini adalah perkara penting dalam sebuah peranti pintar, lebih-lebih lagi jika peranti tersebut mempunyai sokongan perlindungan kalis air. Samsung dan Apple telah lama mengimplementasikan fungsi ini dalam sistem operasi mereka, akhirnya Google mengikut jejak langkah mereka dan terus mengimplementasikan dalam Android 10.

Kelak pasti akan ada banyak lagi peranti boleh memberi amaran sebegini.


TIPS & ULASAN