Huawei Nova 5T baru sahaja dilancarkan pada Ogos lalu. Telefon pintar ini dipasarkan pada harga kelas pertengahan, tetapi mempunyai spesifikasi seperti peranti mercu. Dari segi rekaan, telefon pintar ini mempunyai rekaan skrin berlubang 6.26 inci IPS LCD beresolusi FHD+, sistem pengimbas cap jari di bahagian sisi peranti dan mempunyai rekaan yang sesuai digunakan oleh semua individu, tidak kira lelaki atau perempuan.
Telefon pintar ini dilihat sangat sesuai untuk kegunaan harian. Hal ini kerana ia mempunyai ciri-ciri dan spesifikasi yang sangat berbaloi untuk pelbagai kegunaan, samaada dari segi prestasi permua, fotografi, kerja dan banyak lagi.
Janaan Cip Kirin 980 Dengan Bantuan GPU Turbo Menjadikan Prestasi Permainan Bertambah Baik
Pernahkah anda mengalami masalah lengah masa apabila menggunakan telefon pintar? Biasanya, telefon pintar yang mengalami masalah ini adalah disebabkan prestasi cip pemprosesan di dalam sesebuah telefon pintar tersebut. Bagi Huawei Nova 5T, telefon pintar ini dijana dengan cip Kirin 980 yang mana prestasi CPU-nya adalah 75% lebih baik daripada prestasi cip pemprosesan generasi terdahulu. Tidak cukup dengan itu, ia turut membawakan Dual NPU Chipset bagi menambah kuasa ‘Neural Processing’ yang bertanggungjawab untuk fungsi-fungsi AI pada peranti ini.
Pemain kini sudah boleh menjawab panggilan telefon semasa bermain permua, sekiranya mod “No Disturb” diaktifkan. Bagi pemain permua tegar, paparan dan resolusi ketika bermain sangat berperanan penting dalam memberi kepuasan kepada pemain. Namun, bagi telefon pintar ini, ia tidak menjadi masalah. Hal ini adalah kerana ia dilengkapi dengan rekaan skrin 6.26 inci IPS LCD beresolusi FHD+ All View Display dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 91.6%.
Malah, ciri GPU Turbo juga sangat membantu dalam memberikan kepuasan kepada pengalaman permainan mereka. Dengan sokongan GPU Turbo, penggunaan bateri Huawei Nova 5T dapat dikawal dan menjadikannya lambat panas jika bermain permua dalam tempoh masa yang lama.
Pengecasan Pantas Huawei SuperCharge
Untuk pengetahuan, telefon pintar ini dikuasakan dengan kapasiti bateri sebesar 3750 mAh yang telah didatangkan dengan pengecas 22.5W Supercharge. Dengan ini, proses pengecasan boleh mencapai 50% dalam masa 30 minit pengecasan sahaja.
Teknologi AI Pada Kamera Yang Berkuasa
Melalui janaan cip Kirin 980 juga, prestasi AI telah ditingkatkan sebanyak 120% berbanding generasi yang terdahulu. Huawei Nova 5T ini juga dikenali sebagai telefon pintar dengan 5 kamera AI. Dengan kebolehan kamera Huawei Nova 5T ini, ia sedikit sebanyak dapat menjimatkan masa penyuntingan gambar sebelum dikongsikan di sosial media. Hal ini kerana kameranya sangat berkualiti, hasil daripada bantuan teknologi AI yang disertakan pada 5 kamera telefon pintar ini.
Jadi bagi anda yang suka bergambar, telefon pintar ini sangat sesuai untuk anda kerana ia berkebolehan untuk merakam gambar tanpa mengira jumlah pencahayaan di persekitaran, samaada terlebih atau kurang pencahayaan.
Kamera utama Huawei Nova 5T ini hadir dengan lensa kamera AI 48MP dengan sokongan mod malam dan AIS, 16MP untuk lensa ultra-lebar, 2MP untuk Makro, dan 2MP sensor kedalaman. Manakala kamera swafoto telefon pintar ini dilengkapi dengan lensa 32MP yang mengoptimasikan mod kecantikan dengan kecerdasan buatan (AI) serta Super AI HDR+.
Bagi lensa kamera utama 48MP, tetapan asasnya adalah pada mod 12MP, namun sekiranya anda ingin membuat rakaman gambar dengan resolusi 48MP, anda perlu membuat tetapan secara manual pada bahagian tetapan kamera. Dengan rakaman gambar beresolusi ini, anda boleh mendapatkan kualiti imej yang lebih baik dan dapat mengurangkan tahap hingar di dalam gambar.
Lensa 16MP pula hadir bukaan aperture f/2.2 yang membolehkan anda untuk membuat rakaman gambar ultra-lebar yang mana ia mampu untuk memasukkan hampir keseluruhan pemandangan yang diingini hanya dalam satu rakaman gambar sahaja. Jadi, anda kini tidak perlu lagi bersusah payah untuk bergerak jauh, atau berada di tempat tinggi untuk mendapatkan sesuatu gambar dengan keseluruhan pemandangan.
Manakala lensa 2MP untuk rakaman Makro hadir dengan bukaan aperture f/2.4 yang membolehkan anda untuk mengambil gambar daripada sudut yang dekat, dengan jarak serendah 2.5cm sahaja sambil mengekalkan fokus di dalam gambar.
Akhir sekali, lensa 2MP dengan bukaan aperture f/2.4 merupakan sensor kedalaman. Dengan adanya lensa ini, ia boleh menghasilkan gambar seperti menggunakan kamera professional. Hal ini kerana bokeh yang dihasilkan melalui rakaman gambar adalah sangat kemas, sekaligus dapat membezakan subjek di dalam gambar dengan latar belakangnya dengan baik.
Fungsi Pintar Yang Memudahkan Pengguna
Bukan itu sahaja, Huawei Nova 5T ini juga mempunyai fungsi-fungsi lain. Antaranya adalah “One Tap to Share” yang membolehkan anda untuk membuat pemindahan fail, gambar, video secara terus antara telefon pintar dan juga komputer riba tanpa memerlukan sokongan WiFi atau USB.
Seterusnya adalah fungsi “Intelligent Words Recognition” yang mana dengan fungsi ini, anda tidak perlu menaip sebarang data daripada kertas ke dalam komputer riba. Fungsi ini dapat memudahkan kerja anda dengan hanya mengambil gambar tentang sesuatu informasi atau data dan ia secara automatik akn dipindahkan dan menukar data gambar kedalam bentuk perkataan perkataan yang terdapat dalam gambar yang diambil.
Selain itu adalah fungsi “Clipping Sharing Function” yang membolehkan anda untuk membuat salinan teks di dalam Huawei Nova 5T dan pindahkannya secara terus kepada komputer riba, dan data tersebut sudah tersedia untuk digunakan.
Banyak kelebihan yang anda boleh peroleh sekiranya membeli Huawei Nova 5T ini dan menjadi ahli Huawei. Selain daripada pengalaman penggunaan yang memuaskan, Huawei turut memberikan banyak kelebihan lain. Antaranya adalah harga promosi di beberapa kedai kedai terpilih.
Kedai kedai yang terpilih dalam menawarkan harga promosi untuk ahli ahli Huawei adalah PUMA, yang membolehkan anda untuk berjimat sebanyak RM120 dengan pembelian minimum RM400, 37% diskaun dahmakan, selain diskaun masuk ke tempat-tempat menarik seperti tiket ke Sunway Lagoon, Celebrity Fitness, American Tourister, baucar 3 bulan langganan premium untuk Viu, dan banyak lagi. Antara kedai kedai yang akan bekerjasama dengan Huawei adalah CGS, Photobook Malaysia dan Baskin-Robbins.
Huawei turut menawarkan promosi Level-Up Program khas untuk semua pengguna Huawei Nova yang membolehkan anda untuk bertukar kepada Huawei Nova 5T. Program ini bermula pada 7 September dan boleh membuat permohonan di kedai kedai rasmi Huawei.
Untuk pengetahuan anda, Huawei MediaPad M5 Lite juga akan dilancarkan pada esok hari. Peranti ini dilengkapi dengan Multiple eye protection, sistem bunyi Harman Kardon, dan turut dilengkapi dengan skrin bersaiz 10.1 inci Full HD IPS beresolusi 1920×1200 px, bateri berkapasiti 7500 mAh dengan pengecasan pantas Huawei QuickCharge.
Jadi, bagi anda yang berminat untuk memiliki Huawei Nova 5T ini, ia ditawarkan dengan tiga pilihan warna, iaitu MidSummer Purple, Crush Blue, dan juga hitam. Di Malaysia, telefon pintar ini dipasarkan pada harga RM1599 sahaja.
Dengan setiap pembelian telefon pintar Huawei Nova 5T ini, anda boleh memiliki hadiah ekslusif bernilai sehingga RM1127 seperti pengecas dalam kereta Huawei SuperCharge yang bernilai RM127. Ini adalah tambahan kepada keahlian VIP Huawei yang bernilai RM 1,000. Hadiah-hadiah eksklusif ini juga boleh dimenangi oleh anda yang membuat pra-tempah untuk Huawei Nova 5T ini. Huawei juga turut menawarkan jaminan selama satu tahun kepada pengguna yang membuat pembelian pada 29 Ogos hingga 30 September ini.
Untuk pembelian Huawei MediaPad M5 Lite pula, pengguna akan menerima pembesar suara Mini dan juga pena Mpen secara percuma sementara stok masih ada. Kedua-dua aksesori ini bernilai RM 268 dan anda perlu mendapatkannya secepat mungkin sementara stok masih ada.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Huawei Nova 5T mahupun Huawei MediaPad M5 Lite ini kerana ia sangat berbaloi dengan harga dan kelebihan-kelebihan yang ditawarkan oleh Huawei.
- Info
- Beli : Huawei Nova 5T
- Info
- Beli : Huawei MediaPad M5 Lite
Penafian: Advertorial Dari Huawei Malaysia