Google Pixel 3 dan Google Pixel 3XL adalah peranti Google pertama yang menyokong dwi-SIM. Dwi-SIM ini adalah satu kad SIM fizikal dan satu lagi adalah sokongan melalui e-SIM. Tetapi bagaimana pula dengan peranti-peranti Google yang lain?
Dalam kemaskini Android 10 semalam, Google Pixel 3a dan 3a XL telah menerima sokongan yang sama. Kini bagi mereka yang memiliki dua nombor telefon, anda boleh meletakkan dua kad SIM dalam peranti ini. Sayang sekali jika di Malaysia, sokongan e-SIM masih lagi terhad. Lebih-lebih lagi untuk peranti Android. Syarikat telekomunikasi seperti XOX ada menyokong e-SIM ini, tetapi terhad kepada Pixel 3 dan Pixel 3 XL sahaja.