Cari @ Amanz

Xiaomi Akan Menambah Butang Mematikan Kesemua Iklan Dalam MIUI Akan Datang

Link Copied!

MIUI adalah sistem operasi tersendiri daripada Xiaomi berasaskan Android. Ia mempunyai antaramuka yang mesra pengguna, kemas dan mudah digunakan. Bukan itu sahaja, ia juga hadir dengan pelbagai fungsi dan ciri yang menarik. Cuma, MIUI mempunyai satu masalah besar iaitu ia mempunyai banyak iklan yang sangat menjengkelkan.

Terkini melalui Weibo, wakil Xiaomi yang terlibat dengan pembangunan MIUI telah memberitahu yang dalam kemaskini utama MIUI akan datang akan terdapat butang bagi mematikan kesemua iklan. Kemaskini ini berkemungkinan besar adalah MIUI 11 kelak. Menurut beliau buat masa ini, ia masih lagi dalam ujian dan pembangunan.

Ini adalah satu perkara yang menarik, apa-apa pun sama-sama kita nantikan kelak.


Komen ()