Cari @ Amanz

Set fon telingan nirwayar sebenar kini menjadi trend yang agak dahsyat. Sejak Apple mengumumkan Apple AirPods, berpusu-pusu syarikat dari China hadir dengan pelbagai alternatif dengan harga yang jauh lebih murah. Kini, Vivo juga ingin menyertai trend ini dengan melancarkan set fon telinga nirwayar sebenar mereka tersendiri.

Dalam poster acah yang diterbit, ia dikatakan akan dilancarkan pada 16 September. Ini bermakna, aksesori audio Vivo ini akan dilancarkan bersama-sama dengan NEX 3. Vivo tidak asing dengan aksesori audio, kerana mereka boleh dikatakan pakar dalam hal audio, lebih-lebih lagi dengan teknologi HiFi.

Apa-apa pun untuk maklumat lanjut, sama-sama kita nantikan acara pelancaran rasmi Vivo ini yang akan berlangsung sekitar dua minggu lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd