OnePlus telah menjanjikan yang produk televisyen mereka OnePlus TV adalah sebuah televisyen pintar lain daripada yang lain. Sistem operasi Android TV yang digunakan akan lebih pantas dan lancar dari mana-mana Android TV lain. Bukan itu sahaja, OnePlus turut ingin menjadikan televisyen mereka sebagai tanda aras buat televisyen lain.
I am proud to share news about the dedicated picture processor for the #OnePlusTV. We built the Gamma Color Magic processor to bring you best-in-class image quality on our customized #QLED TV panel with widest color gamut. Can't wait for you to experience it! pic.twitter.com/DlQS8Y8jhn
— Pete Lau (@PeteLau) September 4, 2019
Terkini CEO OnePlus, Pete Lau telah mengicau yang televisyen mereka akan dijana degan cip pemprosesan imej tersendiri. Cip ini dinamakan sebagai Gamma Color Magic. Dengan kuasa cip ini, ia akan memberikan hasil imej yang terbaik pada panel QLED mereka dan akan menawarkan gamut warna yang lebih lebar. Secara tidak langsung, televisyen mereka akan memberikan pengalaman penggunaan yang mengasyikkan tidak seperti televisyen lain.
OnePlus TV akan dilancarkan pada penghujung September ini. Sama-sama kita nantikan.