Cari @ Amanz

Jam tangan pintar Wear OS tidak sehebat jam tangan pintar Apple Watch. Tetapi, banyak sahaja jenama jam dan jenama sukan terkenal yang melancarkan jam tangan pintar Wear OS kerana yakin dengan sistem operasi dari Google ini. Terkini, Puma pula ingin menyertai arena jam tangan pintar.

Jam tangan pintar Puma ini akan dijana cip pemprosesan Snapdragon Wear 3100, skrin 1.19-inci AMOLED berbentuk bulat, mempunyai kerangka yang diperbuat dari aluminium dan nylon, boleh di bawa berenang dan mempunyai memori 4GB storan dalaman dan 512MB RAM. Puma menjanjikan bateri selama 24 jam, sokongan pembayaran nirtunai melalui NFC, imbasan nadi, penjejakan kesihatan, integrasi Google Assistant dan banyak lagi. Saiz tali jam adalah 16mm dan saiz jam pula adalah 44mm.

Jam tangan ini dihasilkan dengan kerjasama bersama-sama dengan Fossil. Ia akan dilancarkan secara rasmi pada bulan November dan dijual pada harga hanya $275, iaitu sekitar RM1153.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd