Carian
TCL Memperkenalkan Telefon Pintar Pertama Mereka, TCL Plex
September 5, 2019 Aman

TCL merupakan salah satu pengeluar yang terkenal dengan penawaran televisyen pada harga yang sangat berbaloi. Mereka juga turut mengeluarkan beberapa peranti mudah-alih dibawah jenama lain seperti BlackBerry dan juga Alcatel.

Terbaru, pada IFA 2019, pihak TCL melangkah setapak lagi kehadapan, dan turut memperkenalkan telefon pintar dengan jenama mereka tersendiri. Telefon pintar pertama yang diperkenalkan mereka adalah TCL Plex.

TCL Plex

TCL Plex hadir dengan skrin 6.53-inci LCD, dijana cip Snapdragon 657, memori 6GB RAM, dan storan 128GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan tri-kamera belakang gabungan 48MP + 16MP (ultra-lebar) + 2MP (depth). Sebuah pengimbas cap jari turut diposisikan dibawah bahagian kamera belakang.

Untuk kamera swafoto pula, ia menyertakan sensor 24-megapixel yang terletak pada bahagian skrin berlubang ditepi.

Pada bahagian bateri, ia menyertakan bateri 3820mAh, dan menawarkan sokongan pengecasan pantas sehingga 50% dalam masa 32 minit.

TCL turut menyertakan beberapa penambahan ciri pada bahagian perisian, termasuk antaramuka khusus Android tersendiri, sokongan menjadikan video sebagai HDR, serta sejumlah mod rakaman tersendiri.

Di Eropah, TCL Plex ini akan ditawarkan pada harga €329, iaitu sekitar RM1524. Hendaklah diambil maklum yang mana kebiasaan kadar harga peranti di Eropah adalah sedikit tinggi berbanding negara lain disebabkan oleh beberapa faktor. Ia tidak diketahui lagi bilakah TCL akan memasarkan peranti ini untuk rantau Asia Pasifik.

Komen