Telah menjadi kebiasaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk pihak HMD Global memberikan nafas baru untuk peranti klasik Nokia, dan melancarkannya kembali kepada umum. Pada acara IFA 2019 tahun ini, HMD Global turut meneruskan tradisi berkenaan, dan telah pun memperkenalkan Nokia 800 Tough.
Nokia 800 Tough memfokuskan kepada ketahanan, dimana ia hadir dengan piawaian IP68 untuk kalis air dan debu, selain mana turut direka untuk tahan daripada jatuh dan suhu yang tinggi.
Nokia 800 Tough dijana dengan cip Qualcomm 205, dan menjalankan sistem operasi KaiOS. Ini sekaligus turut membolehkan pengguna menggunakan bersama ciri Google Assistant, aplikasi WhatsApp, Google Maps dan juga Facebook.
Dari segi bateri, ia menggunakan bateri 2100mAh, dan menawarkan ketahanan lebih sebulan.
HMD Global turut mengatakan ia menggunakan rekaan butang yang besar untuk memudahkan input, terutamanya ketika bertugas di tempat luar dan ekstrim.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Nokia 800 Tough ini akan ditawarkan di Malaysia.