Apple Music Kini Turut Boleh Diakses Melalui Web

Apple Music Kini Turut Boleh Diakses Melalui Web

Diterbitkan pada Sep 6, 2019 oleh .

Apple Music merupakan perkhidmatan penstriman muzik daripada Apple yang telah sedia ditawarkan untuk para pengguna peranti keluaran Apple, dan juga peranti dijana sistem operasi Android sebelum ini. Terkini, dalam usaha terus memperluaskan angka pengguna mereka, Apple kini turut melancarkan versi web mereka dalam bentuk beta.

Apple Music Web

Apple Music versi web ini boleh digunakan pada pelbagai pelayar web, termasuk Chrome. Ini sekaligus membolehkan semua pengguna menggunakannya, termasuk yang menjalankan sistem operasi Windows atau Linux.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat beta, dan sekadar membolehkan anda mengakses lagu daripada Apple Music, selain beberapa radio melaluinya. Ciri seperti Beats 1 dan beberapa kandungan asli tidak ditawarkan buat masa ini – dan ia dijangka berubah tidak lama lagi.

Bagi anda yang menggunakan Apple Music, boleh mencubanya hari ini melalui web – sekaligus memudahkan lagi anda mengikuti lagu kegemaran tanpa mengira variasi peranti yang anda gunakan.

Layari : Apple Music Beta


TIPS & ULASAN