Nokia 2720 Kembali – Telefon Boleh-Lipat Dengan Sokongan 4G

Nokia 2720 Kembali – Telefon Boleh-Lipat Dengan Sokongan 4G

Diterbitkan pada Sep 5, 2019 oleh .

Bersama-sama pengenalan Nokia 800 Tough, pihak HMD Global turut memperkenalkan satu lagi telefon dengan rekaan klasik, iaitu Nokia 2720 Flip.

Nokia 2720 Flip

Nokia 2720 Flip membawakan rekaan telefon boleh-lipat, dan dilengkapi butang fizikal. Ia menyertakan skrin berwarna dibahagian dalam untuk pelbagai kawalan, sementara sebuah lagi skrin kecil diluar untuk melihat notifikasi.

Telefon ini menggunakan sistem operasi KaiOS, dijana cip Qualcomm 205, dan memori 512MB RAM. Ini sekaligus membolehkan peranti ini turut menggunakan sokongan Google Assistant, WhatsApp dan juga Facebook tanpa masalah melaluinya.

Disamping itu, dengan penggunaan sistem operasi ini, ia tidak menggunakan tenaga bateri yang tinggi – sekaligus menawarkan masa ketahanan melangkaui 20 hari tanpa masalah.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi tarikh pelancaran tempatan untuk peranti ini. Tetapi boleh dikatakan ia mungkin menjadi salah satu telefon yang dinantikan ramai.


TIPS & ULASAN