Nokia 6.2 Dan Nokia 7.2 Diperkenalkan – Dilengkapi Pure Display Dan Tri-Kamera Belakang

Nokia 6.2 Dan Nokia 7.2 Diperkenalkan – Dilengkapi Pure Display Dan Tri-Kamera Belakang

Diterbitkan pada Sep 5, 2019 oleh .

Bersama-sama pengenalan beberapa telefon bimbit, pihak Nokia turut melancarkan telefon pintar berasaskan sistem operasi Android mereka yang terbaru, iaitu Nokia 7.2 dan juga Nokia 6.2.

Nokia 6.2 merupakan telefon pintar dengan spesifikasi pertengahan, tetapi turut menyertakan teknologi paparan Pure Display, selain dilengkapi tri-kamera pada bahagian belakang. Penggunaan panel PureDisplay ini sekaligus menawarkan paparan berasaskan HDR – sekaligus menjadikan tontonan media melalui telefon pintar ini lebih menarik.

Nokia 6.2

Nokia 6.2 menggunakan skrin 6.3-inci FHD+ dengan rekaan bertakuk kecil, dijana cip Snapdragon 636, memori sehingga 4GB RAM, storan sehingga 128GB, serta sokongan mikroSD. Telefon pintar ini menggunakan bateri berkapasiti 3500mAh bersama dengannya.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang gabungan 16MP + 5MP (depth + 8MP (sudut lebar). Untuk rakaman swafoto pula, ia menggunakan sensor 8-megapixel.

Nokia 7.2

Nokia 7.2 pula hadir dengan skrin 6.3-inci FHD+ dengan rekaan bertakuk juga, dijana cip Snapdragon 660, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia menggunakan bateri berkapasiti 3500mAh.

Untuk rakaman gambar, Nokia 7.2 menggunakan tri-kamera 48-megapixel dibelakang dengan teknologi ZEISS Optics. Ia menggunakan kamera utama 48MP + 5MP (depth) + 8MP (sudut lebar), dan kamera swafoto 20-megapixel.

Kedua-dua model ini menggunakan sistem operasi berasaskan Android One, dan pihak HMD Global menjanjikan kemaskini sekuriti sehingga tiga tahun lamanya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah telefon ini akan dipasarkan di Malaysia.


TIPS & ULASAN