Motorola One Zoom Kini Rasmi Dengan Cip Snapdragon 675 Dan Empat Kamera Utama
Artikel Berkaitan

Motorola One Zoom Kini Rasmi Dengan Cip Snapdragon 675 Dan Empat Kamera Utama

Diterbitkan pada Sep 6, 2019 oleh .

Kewujudan Motorola One Zoom bukannya misteri kerana rekaannya telahpun tertiris sejak Jun lalu berbanding pelancarannya di IFA tahun ini. Ia dilancarkan sebentar tadi dan merupakan telefon pintar pertama Motorola dengan sistem empat kamera.

Dari segi spesifikasi, Motorola One Zoom hadir dengan skrin 6.39″ OLED FHD+, dijana cip Snapdragon 675, memori sebesar 4GB, storan sebesar 128GB dan bateri sebesar 4000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas TurboPower 18W menerusi port USB-C. Sistem kamera utama menggabungkan sensor 48+16+8+5 Megapixel manakala kamera swafoto pula sebesar 25-Megapixel yang terletak di dalam takuk.

Kamera utama 48-Megapixel dan swafoto 25-Megapixel menyokong teknologi Quad Pixel yang untuk mengambil gambar yang lebih terang tanpa hingar. Ini dilakukan dengan menggabungkan empat pixel menjadi satu pada imej akhir.

Sensor 16-Megapixel dipadankan dengan lensa ultra sudut lebar 117 darjah, sensor 8-Megapixel pula dipadankan dengan lensa telefoto optikal 3X dan akhir sekali sensor 5-Megapixel digunakan untuk mengesan kedalaman.

Dengan pelancarannya hari ini, Motorola turut mempunyai peranti dengan empat kamera utama yang disusun dalam konfigurasi 2X2. Ia juga dilengkapi pengimbas cap jari bawah skrin, kemampuan kalis percikan air P2i dan bicu audio 3.5mm.

Motorola One Zoom dilancarkan dalam tiga pilihan warna cerun iaitu Electric Gray, Cosmic Purple, dn Brushed Bronze dengan harga jualan $450 (~RM 1886) sebuah.


TIPS & ULASAN