Google Home Hub adalah paparan pintar daripada Google dalam kategori peranti berhubung. Ia bersaing dengan paparan pintar daripada Amazon dalam siri Echo. Selepas Google membeli Nest, ia dijenamakan semula kepada Nest Hub. Google turut mempunyai variasi yang lebih besar, iaitu Nest Hub Max dengan sokongan kamera hadapan untuk panggilan video – tetapi masih belum dilancarkan lagi.
Kini bersaing dengan Google adalah paparan pintar daripada Lenovo. Lenovo baru sahaja melancarkan Lenovo Smart Display 7. Paparan pintar ini hadir dengan skrin 7-inci dengan resolusi 1024 x 600. Untuk pembesar suara ia hadir dengan dua pembesar suara 5W secara terbina. Keseluruhan fungsi, ia sama sahaja dengan Nest Hub – iaitu akses Google Assistant, kawalan peranti berhubung lain, cast YouTube dan banyak lagi. Tetapi bezanya adalah, ia hadir dengan kamera 2MP sudut lebat di hadapan untuk panggilan video melalui Google Duo.
Ia akan mula dijual pada bulan Oktober ini di Amerika Syarikat dengan tanda harga hanya $129 (sama harga dengan Nest Hub), iaitu sekitar RM540.