Cari @ Amanz

Sebentar tadi kami telah melaporkan yang Lenovo kini bersaing dengan Google bagi produk paparan pintar. Paparan pintar Lenovo, Lenovo Smart Display 7 adalah sama sahaja dengan Google Nest Hub. Tetapi, Lenovo sertakan kamera untuk panggilan video dan Google tidak. Ia juga dijual pada harga yang sama.

Akhirnya, Google telah sedia menjual Google Nest Hub Max mereka. Iaitu paparan pintar Nest Hub yang lebih besar dengan sokongan kamera. Ia hadir dengan skrin bersaiz 10-inci, dua pembesar suara 10W dan satu woofer 30W. Untuk kamera pula, ia menggunakan lensa 6.5MP sudut lebar dengan sokongan Face Match bagi mengenal [asti pengguna yang berbeza. Lain-lain adalah mirip dengan Nest Hub biasa, seperti sensor ambient, mikrofon yang sensitif dan juga Google Assistant terbina.

Ia akan mula dijual pada 9 September ini. Terdapat dua warna pilihan iaitu, Chalk atau Charcoal dan dijual pada harga $229 – iaitu sekitar RM958.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd