Telegram Kini Membolehkan Anda Menjadualkan Penghantaran Mesej

Telegram Kini Membolehkan Anda Menjadualkan Penghantaran Mesej

Diterbitkan pada Sep 6, 2019 oleh .

Telegram merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang menawarkan pelbagai ciri-ciri menarik kepada pengguna. Terbaru, melalui kemaskini yang terkini, pihak Telegram turut menawarkan sejumlah ciri-ciri yang baru.

Telegram Messenger Jadual Mesej

Salah satu yang mencuri perhatian adalah kebolehan untuk menjadualkan penghantaran mesej kepada suatu masa yang ditetapkan. Ia berfungsi melalui butang penghantaran mesej yang biasa, dimana anda boleh tap pada butang hantar untuk seketika – dan memilih waktu untuk menghantar mesej berkenaan.

Selain daripada itu, anda juga turut boleh menetapkan peringatan kepada diri sendiri melalui sokongan “Saved Messages” pada Telegram – dan ia akan menghantar notifikasi kepada anda apabila tiba waktu yang ditetapkan.

Disamping itu, beberapa ciri-ciri lain baru turut disertakan – termasuk kawalan privasi untuk paparan nombor telefon anda, selain lebih banyak sokongan emoji beranimasi melaluinya.

Untuk menikmati ciri baru ini, pengguna hanya perlu mengemaskini Telegram Messenger anda, dan mencuba sendiri ciri baru ini.


TIPS & ULASAN