Pada hari ini, terdapat pelbagai pengeluar peranti mudah-alih – termasuk Samsung, Huawei, Xiaomi dan sebagainya yang mengintegrasikan sokongan pengimbas cap jari pada skrin. Ini sekaligus membuatkan ramai yang tertanya-tanya bilakah Apple akan melakukan perkara sama.
Terbaru, menurut Bloomberg, Apple dilaporkan sedang membangunkan teknologi pengimbas cap jari pada skrin, dan ingin memperkenalkannya seawal pada iPhone 2020 kelak. Memandangkan ia masih pada peringkat pembangunan lagi, maka kita mungkin melihatnya seawal 2020, atau mungkin juga setahun selepasnya.
Sekiranya ciri ini diperkenalkan, ia akan menawarkan dua pilihan kepada pengguna untuk nyah-kunci peranti, atau untuk mengesahkan transaksi – iaitu menggunakan pengimbas wajah, atau pengimbas cap jari.
Selain daripada itu, sebelum ini ia turut telah diperkatakan Apple akan memperkenalkan kembali iPhone SE pada tahun hadapan.