Cari @ Amanz

OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro adalah dua peranti OnePlus terawal yang menerima kemaskini Android 10. Kemaskini ini diedarkan dalam bentuk Oxygen OS Open Beta, yang mana ia adalah versi percubaan yang lebih stabil berbanding Oxygen OS Developer Preview. Tetapi bagaimana pula peranti OnePlus yang lain?

Di Forum OnePlus beberapa hari lepas, Oxygen OS Open Beta 25 dan Open Beta 17 telah diedarkan untuk OnePlus 6 dan OnePlus 6T. Oxygen OS ini masih lagi berasaskan Android 9.0 Pie, tetapi log perubahan dalam kemaskini ini adalah pengoptimasian sistem bagi persediaan untuk kemaskini Android 10 yang akan diedarkan pada bulan ini juga.

Barisan OnePlus 7 sudah pun menerima Android 10 dan barisan OnePlus 6 pula sudah bersedia. Bagaimana pula dengan barisan OnePlus 5 dan yang lain? Adakah ia akan makan masa sehingga setahun atau OnePlus akan terus lupakan sahaja, kerana ia adalah peranti lama?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd